
Dasar Luar Berkecuali Malaysia Buka Ruang Ekonomi — Anwar
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pendekatan dasar luar Malaysia yang berkecuali dan terbuka bukan sekadar prinsip diplomatik, tetapi strategi aktif yang telah membuka akses kepada peluang ekonomi baharu dalam teknologi hijau, kewangan Islam dan hab halal global — seiring usaha memperkukuh kedudukan negara di persada antarabangsa.












